Pastinya semua yang ingin meningkatkan tahap
Kesihatan badan akan memilih produk kesihatan yang selamat dan berkesan
Antara info terbaru yang sedang hangat diperkatakan beberapa hari ini adalah isu berkaitan
Pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE menyebabkan rahim membengkak
kes macam ni biasa jadi viral dan bualan sesiapa sahaja yang membacanya
Dalam erti kata yang buruk cepat je u all percaya
Tapi kalau nak cari kebaikan tu buat viral macam ni orang tak percaya
Sanggup tunggu dua tiga bulan buat research dan survey lagi
Lagi best tunggu kawan atau saudara makan dulu tengok hasil baru beli
Terpanggil untuk memberikan beberapa pandangan yang lahir dari hati kecil ini
Jika benar bagai dikatakan cikgu berkenaan
Bahawa Produk Shaklee yang dihasilkan daripada tumbuhan asli ini adalah SANGAT MERBAHAYA
99.9% Shaklee independent distributor (SID)
Atau ahli yang berdaftar dan menjual produk shaklee ini
Adalah mereka yang telah menggunakan apa sahaja produk keluaran Shaklee sebelum mereka memilih untuk menjadi ahli berdaftar seterusnya mempunyai pengalaman sepanjang tempoh pemakanan dan perubahan selepas pengambilan sesuatu produk
Kami makan + daftar + share kebaikan produk kepada masyarakat umum
Sukar untuk mencari baki 0.01% percent yang mana tidak menggunakan produk Shaklee tetapi dijadikan sumber pendapatan secara sepenuh atau separuh masa.
Tiada artis atau individu lain dijadikan duta pada produk Shaklee kerana shaklee sendiri berpendapat
Duta produknya adalah pengguna barangan Shaklee sendiri
Bukan kami sahaja yang menggunakan sebagai supplement harian ia diamalkan dari peringkat atok, nenek, mak, abah dan seterusnya anak cucu kami sendiri
Produk shaklee sendiri diformulasikan untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak bermula pada usia 1 tahun
Yang mana ketika itu usus bayi mula stabil untuk menerima makanan tambahan dengan sukatan yang berpatutan.
Saya mula dengan set berpantang dan hamil Shaklee
Alhamdulilah, cergas dan dikurniakan susu yang lebih dari cukup untuk si kecil. Tiada alahan seperti efek jamu (panas)
Suami menghidapi penyakit kencing manis pada usia 20an, bertemu Shaklee apabila menjangkau usia 30an
Terus mengambil ubat doktor dan supplement
Reading gula makin menyusut sejak amalkan VIVIX
Mak saya badan susut tapi kolestrol tinggi (konfius)
6 bulan makan ubat doktor dan 4 bulan lepas mula consume vivix
Bulan lepas doktor klinik kerajaan minta stop makan ubat kolestrol
Anak berusia 2 tahun mula amalkan pengambilan Mealshake sejak usia setahun setengah dicampur dengan susu badan. Selera makin bertambah dan jarang ke klinik berbanding sebelumnya
Bila kami mula rasa kurang selesa seperti ingin demam/batuk/selsema NUTRIFERON menjadi pilihan kami
Yang sebelum ini hanya ada satu pilihan PANADOL
Jauh lebih hebat dan selamat dari sebelumnya
Untukmu cikgu, jika itu kebenarannya kami tidak akan rela perkara yang sama berlaku pada ahli keluarga kami juga
Tak akan ku berikan pada mereka sesuatu yang sangat BAHAYA
Shaklee 100% natural produk tidak mempunyai setitik pun bahan kimia, diproses dan dikaji oleh pakar saintis di seluruh malaysia
Jika terdapat tindak balas pada masalah kesihatan ia dipanggil keserasian tubuh manusia untuk menerima supplement tambahan dan tidak mengambil masa yang lama
YA, keserasian adalah bergantung kepada tahap kesihatan atau keadaan seseorang itu juga
Tapi tidak sehingga jadi begitu jika ianya diambil dengan sukatan dan cara yang betul
Untuk pelanggan yang dikasihi
Shaklee bukan syarikat yang akan lepas tangan terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna
Jika benar berlaku rujuk terus pada Shaklee Malaysia
Atau distributor pilihan anda
Malaysia ada undang-undang dan Shaklee juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (kkm)
Perkara ini tidak dipandang remeh dan beberapa saringan akan dijalankan bagi mengetahui masalah dihadapi oleh pengguna
Tidak semudah kenyataan cikgu
Bukti beserta laporan lengkap sepatutnya perlu dilampirkan dalam kenyataan sebegini rupa
Bukan senang nak bagi orang sihat dan tugas kami akan pastikan proses dan cadangan pengambilan vitamin kepada pengguna dirujuk daripada pihak yang berpengalaman dan berilmu serta kami bergerak secara berkumpulan dan saling membantu satu sama lain
Latihan dan seminar kesihatan juga disediakan secara PERCUMA oleh shaklee dan dibawakan oleh pakar pemakanan dan nutrisi yang mempunyai kelayakan tertentu
Doa dan petunjuk dari Yang Maha Esa kami mohon
. Amin..
No comments:
Post a Comment