DHA
adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam
kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak
dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja
DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber
utamanya didapati dalam bentuk pemakanan. 60% otak manusia adalah
diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada
DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.
Sumber utama
Sumber
utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod.
Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi
mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA
membentuk Omega-3.
Sumber
utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif
minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.
Kebaikan utama DHA
Kebaikan utama dari pengambilan DHA ialah:
- pertumbuhan otak yang cergas. Oleh itu ia penting dalam proses pembelajaran.
- pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik.
- pertumbuhan saraf-saraf yang baik.
Kelebihan-kelebihan lain DHA
Kelebihan lain DHA dan minyak ikan (Omega-3 iaitu kombinasi DHA + EPA) ialah:
- mengurangkan triglycerides (lemak).
- mengurangkan risiko sakit jantung dan saluran darah tersumbat.
- menurangkan risiko tekanan darah tinggi.
- mengurangkan risiko tekanan perasaan (depression) dan alzheimer.
- mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit lain seperti kencing manis (Type II), arthritis (sakit sendi), myocardial infarction, atherosclerosis dan juga kanser. Bagaimanapun ada antara kajian yang melibatkan penyakit-penyakit ini belum memutuskan secara pasti kaitan antara DHA dan EPA dengan penyakit-penyakit tersebut.
Kanak-kanak yang mengalami keadaan attention-deficit-disorder didapati kurang kandungan DHA. Bagaimanapun, pertambahan dalam pengambilan DHA tidak memulihkan keadaan tersebut.
Komen
Pengambilan
DHA oleh ibu mengandung atau kanak-kanak yang sedang membesar didapati
dapat membantu dalam proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan
kanak-kanak yang diberi DHA mungkin lebih bijak. Pada masa ini terdapat
susu formula yang mengandungi DHA. Ia adalah langkah bijak memberi
anak-anak kecil anda susu formula ini. WHO dan British Nutrition
Foundation menyarankan pengambilan DHA sebanyak 20mg bagi setiap
kilogram berat bayi anda. Untuk bayi yang tidak cukup bulan WHO
menyarankan 40mg/kg pengambilan DHA.
Pengambilan
minyak ikan (EPA + DHA) adalah baik untuk mereka yang ingin
mengurangkan risiko-risiko penyakit seperti yang dinyatakan di atas.
Pengambilan berlebihan minyak ikan yang diambil dari hati ikan (seperti
Cod Liver Oil) semasa mengandung tidak digalakkan kerana ia mengandungi
vitamin-vitamin A dan D yang tidak larut dalam air.
Najwa Dollah Khuddin
♥ SMS|Whatsapp 0173005648 / 0176483401
♥ SMS|Whatsapp 0173005648 / 0176483401
♥ Shaklee Independent Distributor
ID No |970596
♥ Emel |najwadollah@gmail.com
♥ Blog | http://najwashaklee.blogspot.sg
♥ Emel |najwadollah@gmail.com
♥ Blog | http://najwashaklee.blogspot.sg
♥ FB Page | http://www.facebook.com/sidshahalam
♥ FB Personal | Najwa Dollah
No comments:
Post a Comment