Minyak ikan untuk sendi sihat
Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak
makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan.
Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih
rendah berbanding negara lain.
Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid
ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat
anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).
Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang
dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang.
Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia
yang menyebabkan keradangan sendi.
Bagi pesakit arthritis, keradangan adalah seperti pisau bercerancang
kerana enzim boleh menyebabkan masalah serius. Keadaan ini berbeza pada
orang sihat kerana enzim tidak aktif. Di samping mengurangkan
pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3
boleh merendahkan risiko kerosakan rawan.
Osteoartritis
Artritis adalah jenis paling biasa di kalangan penyakit lemah sendi.
Satu bentuk artritis paling biasa ialah osteoartritis. Osteoartritis
adalah penyakit sendi degeneratif yang boleh menyerang semua orang.
Penyakit ini hasil daripada proses ‘haus dan lusuh’ sendi, biasanya ia
membabitkan orang tua, namun ada juga orang muda menderita penyakit
sama. Ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan dan
‘penderaan’ seperti sendi kaki iaitu lutut dan buku lali.
Artritis reumatoid
Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan,
menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada
sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam
badan.
Artritis reumatoid boleh menyerang individu tanpa mengira peringkat
umur, tetapi kebanyakannya membabitkan kumpulan usia antara 25 hingga 40
tahun. Ratusan ribu penduduk di United Kingdom, termasuk kanak-kanak,
mengalami masalah ini.
Bagi sesetengah orang, arthritis reumatoid hanya menyerang sekali seumur
hidup. Namun ada yang menghadapi serangan penyakit sepanjang hayat
kerana ia penyakit bersifat progresif dan jangka panjang, merebak dari
satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta
kaki.
Najwa Dollah Khuddin
♥ SMS|Whatsapp 0173005648 / 0176483401
♥ Shaklee Independent Distributor
ID No |970596
♥ Emel |najwadollah@gmail.com
♥ Blog | http://najwashaklee.blogspot.sg
♥ FB Personal | Najwa Dollah