Selesai sesi coaching di Parit Buntar
bersama Leaders dari LISA
simple but happening sangat dapat berjumpa
rakan-rakan di utara naa...
seterusnya kami sekeluarga terus menuju ke Taiping untuk bermalam
di sana, mengimbau kenangan family day di Taiping 4 tahun lepas
banyak juga perubahan tapi yang best kedai-kedai makan lama
masih lagi kukuh di tapak yang dulu kami jejaki
antaranya Kedai nasi set Ikan Bawal yang superb ni!
harga naik satu ringgit sahaja daripada harga lama
satay ayam yang dulu rm0.15 kini rm0.25
tetap murah kan!
|
Set Ikan Bawal RM6.00 |
Bila tengah malam ramai yang suggest untuk try
yong tau fu di belakang Balai Bomba Pekan Taiping
yang tak jauh dari hotel kami stay
yong tau fu dan juga sotong kankung! marvelouse
sebelum tidur tidak dilupakan
supplement di malam hari selepas pengambilan pelbagai
kolestrol, lemak dan pelbagai lagi
biarkan supplement bekerja keras membakar
dan memberikan tenaga untuk sambung perjalanan
destinasi makan sedap sekitar taiping
|
GLA untuk mummy, Coq Health untuk Babah
|
Seperti yang dijanjikan hari seterusnya kami ada lunch date
bersama-sama leader LISA yang dah set untuk makan tengahari
di salah sebuah gerai Mee Udang terkenal di taiping
tapi babah request nak makan Kuehteow dulu
disebabkan malam tadi kedai tu dah tutup
dalam perjalanan nampak sebuah kedai kampung kecil di hadapan sekolah
"ROTI BAKAR ATAS ARANG"
apa lagi... singgah sat! rugi x terai
pergghhh.. simple but really nice
chop dengan teh tarik kampung
|
roti bakar atas arang RM2.50 |
Selesai breakfast ringkat kami singgah semula ke Char Kueh teow DOLI
mesti ramai yang dah tahu kan
famous kedai ni tapi this is our first time nak cuba
not bad banyak choice makanan yang dihidangkn
portion agak banyak dan menyelerakan
disebabkan sebentar lagi kami akan bertolak ke Kuala Sepetang
makanya.. 1 pinggan share berdua sahaja sudah mencukupi
|
kueh teow goreng RM7.00 |
Misi utama kami ke Taiping selain daripada menimba ilmu perniagaan
salah satu tempat makan utama yang harus kami jejaki
adalah Mee Udang Mak jah, Kuala Sepetang
senang je nak cari sebab pakai GPS sure jumpa!
Mee Udang Mak Jah
Kampung Menteri, Kuala Sepetang
Taiping
|
nasi goreng udang RM9,00 |
|
mee udang biasa RM9.00 |
Udang fresh membanjiri ruang nasi dan mee
memang kesedapan tidak terkata
lagi-lagi peminat seafood
tak lupa juga selain menu hidangan berasaskan udang
ada juga kerang rebus/bakar, ketam cili, ayam goreng
tempat menarik yang perlu dikunjungi bila ada tiba di Taiping
najwa dollah
suka makan, suka sihat juga
Tips berniaga secara partime dan online
#usahawanShaklee